January 06, 2012

Jumaattttt,

Hi assalamualaikum (Y)

Dah tiga hari dah itew semua sekolah en en. Pejam-celik pejam-celik nanti dah 3 bulan. Pejam-celik pejam-celik lagi dah 6 bulan. Pejam-celik pejam-celik dah 9 bulan. Lepastu dah setahunnn! Ok tu tipu, manada sekolah sampai setahun en, harhar -.-

Haritu aku ada cakap nak cerita pasal kelas. Tapi macam malas jewww -,- takpelah, cerita jelah. Pada suatu hari, burung-burung pun berkicauan. Okay dah habis. Ngaaaa merepek gila aku harini -,- Heeee.

Maybe korang yang baca ni dah tahu aku masuk kelas apa en. Zuhal, kelas account. K sumpah tak sangka. Tapi alhamdulillah lah kan. Buatnya tercampak masuk kelas wira saga waja apa semua tu haaa, mati lemas kau na.

First day haritu aku harap gila dapat kelas marikh. Sebab haritu hafis tolong tengokkan nama aku, dia cakap maybe marikh atau zuhal. Zuhal aku takde kawan sorang pun! Marikh ada syakira, syahirah, nabilah, wahida. Kang kalau aku masuk zuhal, segan nak mati aku kang.

Lepas perhimpunan pengawas kena tunggu. Memang menyampah giloooo. Dah lah masuk kelas lambat, tempat duduk pun takde! Nasib baik ada kosong satu kat bahagian tepi. Keliling aku budak kelas E wth, macam mana aku nak tegur niiiii haih.

First day memang biasanya senyap lah kelas kan. Yang aku pulak, dapat tempat duduk tepi tingkap, bertambah-tambah lah senyap aku ni. Panas dia ya Allahhhh, huish. Kipas aku tengok besar kecik besar kecik je. Kalau ada angin, memang untunglah. Kalau tak? Nasib hanggg.

Then masa rehat, watlek dulu time otw nak pergi kantin. Sekali dah sampai, hamik kau. Ramainya? Gabung dengan form five en, memey ah. Tempak duduk takyah cerita. Masa nak beli makanan pulak, pusing situ tak dapat, pusing sini tak dapat. Naim kata, dah macam nak buat tawaf dah hahahhah.

Dah habis rehat, masuk kelas then belajar math sikit. Eh kejap, aku tak mention pasal perangai budak 3E tu en? Biarlah, itew dah kawan dengan dorang dah sekarang hahahahha. K-pop pun boleh~

Ikutkan jadual aku, dua hari balik lambat. Hari isnin dengan rabu balik pukul 1.45. Mula-mula tak perasan pasal jadual tu. Then terdengar budak-budak K-pop tu cerita, nak meraung akuuuu. 1.45? Aduhhhh macam mana perut aku nanti? Tahan ke? Perghhhh tak boleh tak boleh. Tu sebab kena prepare nugget dalam pocket, muehehe :>

Sampai ni je kot,  bye assalamualaikum :]

0 comments:

Post a Comment