2 hari lagi ya Allah! Cepatnyaaaaa, berhentikan masa dulu boleh? Aduhhh masak aku. Takpe ketepikan dulu pasal tu, nak citeww pasal benda lain. Macam dalam post bawah ni, aku cakap aku pergi rumah naim sabtu lepas, kenduri doa selamat and cukur jambul anak anak buah dia. Izzuddin and Ai'sya! :)
Naim suruh datang pukul 10pg. Malam sebelum pergi tu aku dah set alarm dekat phone, tapi tak tau macam mana boleh tak dengar pulak. Pagi tu aku bangun pukul 9.56a.m -.- Gila kau bukak mata je terus ambik towel lari pecut masuk bilik air. Sampai terlanggar dania yang tengah terkedek-kedek berjalan main teddy bear. Sorry laling!
Then dah siap pakai baju apa semua naim text, dia suruh datang pukul 10.30 je, sebab makanan tak sampai lagi. Aku dah hewwww haru betul. Free je accident dengan dania hahaha. Then aku pun start siap-siap gaya orang normal. Takde perfume tumpah-tumpah, baju tak berterabur dalam almari, siap towel pun aku sempat sidai balik tau. Haa kalau tak jangan harap lah aku tinggal bilik dalam keadaan kemas.
Pastu tunggu ayah pulak, dalam pukul 11.00 baru sampai rumah naim. Dah sampai duduk dulu dalam rumah, jumpa family dia semua. Pastu makaaaan.
Sampai pukul 2.30 jugak la aku dengan kyra lepak situ. Pastu balikkkkk part ni memang aku takkan lupa! Apa benda? Segan aku nak cerita. Naim syakira je yang tau phew. While tunggu ayah ambik, aku dengan kyra ambik gambaq dulu, tepi jalan. Tak senonoh betul hahaha.
Tak tau apa function. Syakira syakira.
Tadaaaaaaaaaaa! Aa habis cerita. Kenapa black and white? Tak perasan pulak. And syakiraaaa, dah start rindu kau balik. Haritu aku main kenyit-kenyit mata dia menyorok belakang naim, hahahaha padan muka. Jumpa khamis ni awok, semoga kita sama-sama dapat result yg baik :) Kbye assalamualaikum.




0 comments:
Post a Comment