Hi assalamualaikum (Y)
Heee harini 22 hb kan? Memey laa -.- Hari batch 96 ambik result PMR, and aku pun tak terkecuali :> Walaupun tak dapat straight A's, i just can't stop saying 'Alhamdulillah' since i got the result :>
Semalam aku tak tidur, pfffft penipu! Aku tidur jugak, tapi sekejap je. Nervous doeee, siap sedih-sedih lagi tau *bukak lagu hindustan*. Dah lah haritu aku mimpi aku failed math, cuak je benda tu jadi betul-betul. Time tak boleh tidur tu aku borak dengan kawan-kawan, and nasib baik ada yang teman sampai pukul 4 lebih, pheww, thanks awok! Dekat dia aku cerita semua benda yang buat aku takut. Lega lah sikit kan.
Then pagi tu siap-siap, terus pergi sekolah. Ummi turunkan kat bus stop. Turun je kereta nampak intan, apa lagi menjerit lah macam pontianak tersangkut atas pokok *ehh ada ke? Pffft malam ni malam jumaat lah aryna! Ok cukup.
Intan: waaa rindunya lama tak jumpa!
Aku: errr haha okay rindu jugak
Intan: Makin tembam kau kan, berisi!
Aku: Amboi, bab tembam jangan sentuh k, sensitip
Intan: Eleh kau, apahal makin gemuk ni? Ada bf baru ehhhhh *cubit pipi aku*
Aku: *WTH DIA SENTUH PIPI AKU! WOI RUGI LAA LAKI AKU NANTI!* hahah mana ada lah
Intan: Eleh kau tanak mengaku, haha
Aku: Haha eh tuu ezzah panggil. Kbye
Bukan nak bersikap berlagak ke apa, actually aku pun terkejut tiba-tiba perangai dia macam tu. Seriously sebelum ni takde pulak nak cubit-cubit pipi orang. Risau laa jugak kot mana tahu dia depressed/nervous nak ambik result kan. So sebelum pipi belah kiri aku pulak yang jadi mangsa baik aku blah.
Masuk sekolah terus pergi dekat bangku kat depan tandas perempuan, naim syakira dah tunggu kat situ. Aku tak pergi bilik SPBT sebab memang aku tau aku tak boleh ambik buku lagi, buku geo belum pulangkan. Then kitorang gerak pergi kantin.
Dah duduk sana, borak-borak, gelak-gelak, senyum-senyum, tepuk-tampar. Haaa damn miss this moment so much :/ Sampai pukul 11, cikgu halimah buat announcement suruh berkumpul kat blok F. Time ni elok-elok tengah gelak masing-masing terus senyap macam tertelan gigi geraham yang ke 24. Muka dah macam mayat hidup tak cukup darah, haaaaaa.
Langkah kaki kanan masuk dewan tu, kitrorang berkumpul satu tempat sebelum berpecah masuk barisan kelas masing-masing. Sebelum tu dah janji, bila dapat result jangan tengok dulu, kita buka sama-sama. K faham.
Pastu bila turn aku dah nak dekat, makin nervous ah jadinya. Tapi dalam masa yang sama exited lah kan. Dah sampai depan cikgu, tiba-tiba cikgu cakap aku tak boleh ambik result sebab buku geo tu. Aku dah nak ehem, faham-faham jelah kan, pergi kat naim hambur semuanya. Tumpang kain niam, hihihihi.
Dah okay aku pergi settled semua, melayang rm12 herhhhh -.- Dah gitu gini gitu gini, pukul 12 lebih laa baru aku dapat ambik result. Bayangkan aku sorang je dalam dewan tu, untung ada maira temankan. Thank you awak! Ohh lupa, masa ni syakira dengan naim dah balik :<
Dapat result terus tengok, phewww alhamdulillah! Then aku teman maira naik pejabat, nak ambik borang pindah sekolah. Hahaha ni lawak, makcik kerani tu cakap, ''kenapalah semua nak pindah, dah tak sayang sekolah ni lagi ke''. Bukan tak sayang makcik. Sayang. Tapi penghuni ni dah buat kasih-sayang kitorang jadi tawar. Cehhh.
Depan makmal 1 kena tahan dengan cikgu naim dengan cikgu yusof. Ah sudahhhh, mampuih aku.
Ckg Naim: dapat berapa?
Aku: aaaa alhamdulillah, cukup2 makan *gelak-gelak*
Ckg Naim: math berapa?
Aku: B hihi science pun sama. Cikgu yusof dah kena get ready duit dah belanja KFC hewhew
Cikgu yusof gelak-gelak je dengar haha tanak belanja lah tu. Mungkir janji dosa tau cikgu! Actually cikgu naim tu ajar aku tuition dekat rumah, best dia ajar. Pastu maira balik dengan eiyla, aku naik bas sorang2 :( Turun je bas dah mula hujan renyai-renyai. K bagus mandi hujan lagi, boleh tambah suhu kepanasan demam ni. Takde lah ummi nak marah sangat kan hehehe.
Sampai rumah, syakira naim ummi ayah semua call. Penat woi ulang benda yg sama. Then online, wah kemain ramai lah kan nak menegur. Jangan harap lah aku nak bagitahu. Kalau yang dapat tu, dapatlah. Tak dapat nasib ;p haha. Okay tu je, bye assalamualaikum.
0 comments:
Post a Comment